Thursday, December 11, 2008

Pangkat atau Nafkah


Terpanggil pula untuk memberi pendapat peribadi berkenaan pangkat atau nafkah. Harap tiada kekeliruan mengenai topik ini. Seperti kebiasaan pada hujung tahun begini, warga penjawat awam mengisi SKT (Sasaran Kerja Tahunan) masing-masing dengan harapan agar segala usaha kerja sepanjang tahun ini akan memperoleh ganjaran sewajarnya.

Pasti ada yang menaruh harapan tertentu, sama ada kenaikan pangkat atau gaji. Sama ada penjawat awam atau swasta situasi begini memang menjadi perkara biasa. Namun begitu hakikatnya sekiranya apa yang dihajati tidak tercapai, maka timbullah rasa ketidak puasan hati. Mulalah kata kata dan tingkahlaku negatif berlaku. Bagi yang sememangnya berhak untuk sesuatu ganjaran tersebut, memang malanglah nasib. Lagi pedih bila yang tidak berhak pula yang mendapat durian runtuh. Ini TIDAK ADIL!

Adalah hamba Allah pernah menasihati apai suatu ketika dahulu semasa baru melangkah ke alam pekerjaan, rezeki itu datang daripada Allah dan segala yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya. Agak sukar jugak ketika itu untuk menerima nasihat kerana terlalu kecewa dengan keadaan. Namun begitu selepas beberapa tahun berikutnya, apai sendiri menyaksikan kebesaran kuasa Allah s.w.t. Tatkala kita merasa diri ditindas, ketika itulah Allah telah memurahkan rezeki apai walaupun tidak lah sepertimana yang dijangka, tetapi tetap bersyukur dengan pemberianNya. Mulai saat itulah, apai percaya bahawa, sekiranya memang rezeki kita, walau bagaimanapun orang lain cuba memperlakukan kita, rezeki itu akan tetap menjadi milik kita.

Yang penting kita harus bertanya pada diri sendiri, apa yang sebenarnya yang diingini oleh hati. Niat yang ikhlas untuk mencari nafkah pastinya membuahkan lebih daripada yang dijangkakan. Sebaliknya yang berlaku sekiranya hanya semata-mata ingin mengejar darjat dan kuasa, kemungkinan hasrat itu agak sukar untuk dicapai. Ada juga di antara kita pantang ditegur. Lentingannya amat dahsyat sekali, boleh putus saudara. Walaupun pahit untuk ditelan, namun begitulah asam garam dunia pekerjaan. Tidak semuanya berjalan mengikut apa yang kita kehendaki. Tetapi pilihan tetap terletak di tangan kita. Nak terus bekerja atau mencari kerja yang lebih sesuai? Dah terlalu tua untuk bertukar kerjaya? Tidak semestinya...apai sendiri melaluinya. Selepas 10 tahun memohon barulah sekarang memegang jawatan yang diingini. Sebelum ini, segala pahit maung dilalui dengan penuh kesabaran. Siapa sangka di kala umur hampir mencecah 40 thn, masih berpeluang untuk membuat 'career change'. Dan pada ketika itu juga, penjawat awam mendapat anjakan gaji yang agak lumayan. Agaknya sebab itulah Allah s.w.t belum berkenan untuk diri apai memperolehi jawatan yang dikejar dan terpaksa menunggu 10 tahun.

Berbalik kepada topik pangkat / nafkah, apakah yang anda kejar? Apakah anda bersyukur dengan apa yang anda ada sekarang? Adakah pekerjaan sekarang membuat anda gembira atau sebaliknya? Apakah tindakan yang anda ambil untuk mengubahnya atau hanya merungut ke hulu ke hilir? Ingat rezeki kita boleh datang dan pergi bila bila masa. Persoalan yang patut ditanya 'adakah kita berlaku adil pada diri sendiri?'. Jangan sampai ketidakadilan ini melarat ke orang lain, maka bertambah pula dosa pada diri sendiri. Minta maaf sekiranya coretan ini menyinggung perasaan tuan-tuan dan puan-puan. Hanya sekadar pendapat peribadi dan juga sebagai ingatan pada diri apai kerana lumrah manusia memang mudah lupa.

7 comments:

abang sardon said...

siapalah kita utk menentukan nasib diri kecuali berusaha dengan ikhlas dan menyerahkan segalanya kpd qada & qadar ketentuan allah swt.

Coffee Girl said...
This comment has been removed by the author.
Coffee Girl said...

My philocrosophy: Work for experience, never for money or fame. With enough experience, the other two will come naturally.

Apai Kenyalang said...

abang sardon: Hanya orang yang yakin dan beriman akan merasa ketenangan sejati.

One Other: Don't forget faith in God then happiness is bound to flourish in life.

Yusrizal said...

semua org kata tepuk dada tanya selera. saya pun begitu juga.

kita perlu barusaha dengan ikhlas dalam menjalani kehidupan semoga diberkati oleh-Nya.

sambay said...

the truth is out there...as the tag line says.in reality, we never know what tomorrow has for us and so is the rest of the other days. so we thank God and can consider ourself very lucky as compared with some other people out there.

BOAN said...

apuuhh....lambat cerita aku tok...baruk nk komen. sikhal lah.nungu post terbaru jak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...