Wednesday, February 24, 2010

DiD yOu KnOw?

Lebihan doktor pelatih di Semenanjung dihantar ke Malaysia Timur

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan akan mempertimbang menghantar doktor pelatih yang berlebihan di Semenanjung Malaysia ke Malaysia Timur memandangkan kekurangan di sana amat teruk, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, hari ini.

“Kami sudah mencadangkan kepada beberapa orang doktor pakar dan pengarah negeri, jika bilangan doktor pelatih memang ramai di sini, kami sedia menghantar mereka ke Sabah dan Sarawak.

“Jika anda ke sana, anda akan mendapat latihan lebih baik dan persekitarannya tentu lebih mencabar. Saya yakin kebanyakan mereka cukup teruja untuk bekerja di Sabah dan Sarawak,” katanya
Beliau menyatakan demikian selepas mengadakan dialog dengan Ketua Perkhidmatan Klinikal, Ketua Jabatan Klinikal dan Doktor-doktor pakar dari pelbagai disiplin di sini.

Menurut satu siaran akhbar, ketika ini terdapat kira-kira 5,000 doktor pelatih ditugaskan di 38 hospital utama, yang dijadikan hospital latihan.

Mereka ditugaskan bergilir-gilir setiap empat bulan dalam enam disiplin utama iaitu perubatan dalaman, pediatrik, pembedahan, obstetrik/ginekologi, ortopedik, dan perubatan kecemasan atau pembiusan. - Bernama

Hmmm....tak tau la pulak ada doktor berlebihan di Semenanjung Malaysia...all this while this 'frog-under-the-coconut-shell' is made to believe that we're short of manpower in this area. Did you know?? Kalau betullah, why only now baru nak consider (tu pun baru nak consider lagi) nak hantar ke Sabah & Sarawak. Ada jugak feedbacks yang saya terbaca di kalangan bloggers yang menyatakan keberatan hati doktor-doktor ini untuk bertugas di Sabah & Sarawak atas alasan (di antaranya) jauh dari famili. Now I would like to ask, what or why did one wants to be a doctor? Secondly, are the patients in the East Malaysia any different ( of course I meant the illnesses etc)? Dah la kekurang AMAT TERUK di Sabah dan Sarawak ni...there shouldn't be any second thoughts / consideration. Rakyat didahulukan...yes doctors are rakyat too but in the medical capacity, they are oblige to. Tu belum masuk bab guru-guru lagi. For those doctors (no offence) but look back at my first question. Please, please enlighten me why did one wants to be a doctor in the first place?

3 comments:

Coffee Girl said...

blame the Ministry. patut hantar je, mereka yg menurut perintah. pasal sik mok datang, arahan itu bah. yg dr sabah/sarawak dia ambik jd doktor di sana, mana aci.

Apai Kenyalang said...

blame the ministry, blame the individual...when will it end...bila diberi pilihan, sah sah yang favourable kediri...clause SYMP ya should be more strictly adhere..tok nama jak...tapi boleh lagi runding..hemmmm...

Mohd Faizal Bin Nor Azmi said...

double the salary and we'll go there

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...