Tuesday, August 2, 2011

SeLaMaT mEnYaMbUt RaMaDhAn Al MuBaRaK


Alhamdulillah masuk hari ke dua puasa tahun ni. Anak-anak pun tahun ni berazam nak puasa penuh cam tahun tahun lepas. Lama sangat dah tak masuk update blog nih, bukan sengaja cuma tak ada kesempatan dan idea untuk dicoretkan. Nak kasi taruk yang biasa biasa, nanti boring lak tapi will try my best. Ramai gak member bloggers dah tak aktif dah cam saya gak. Nampak gaya kena remove dari list la...sorry okay. Tapi kalau aktif balik, jangan malu jangan segan, kasi tau la. Last nite cari member active bloggers, rupa rupanya dah tukar blog. Kena add balik, sorry pasal lama tak update blog.

Kali ni nak cakap pasal puasa la ye since berada dalam bulan Ramadhan yang mulia ni. Petang semalam bila buka posa, tengok muka anak-anak yang puasa sehari suntuk, timbul gak rasa kesian tapi tak boleh la bagi muka, karang sampai besar nanti tak nak puasa. Yang abang nak goreng pisang je (air teh-c-special wajib), kakak lak nak apam balik (ngan teh-c-special gak la, pasal umminya yang buat). Tapi masa keluar beli juadah berbuka tu, dua-duanya tak larat, sampai kakaknya baring je dalam kereta. Abang lak, kejap kejap tanya dah boleh buka ke (kat sini buka puasa 6.40 ptg, so kira awal gak la). Macam macam kerenah kena layan, sabar je la kan. Tak kisah, asalkan mereka berpuasa.

Tiap-tiap kali puasa, saya tak la ada masalah sangat(insyaAllah tak sakit ke ape ke), cuma bab mengantuk ni, tu la dugaan yang paling hebat. Aduhhh, kalau boleh nak bantai tidur je (tapi kurangla pahala, ye tak?). Nasib baik kena kerja, kalau tak memang sah buat taik mata je! Bukan tak cukup tidur, tapi faham-faham le, tak cukup supply tenaga (hehehe). Kalau nak fikirkan, orang rumah lagi penat. Mana nak bangun sebelum subuh nak siapkan sahur, lepas tu nak jaga baby lagi (anak bongsu la ni), nak buat kerja rumah lagi ishhh...tak leh bayangkan kepenatan melanda. Kita ni kerja kat opis okay la jugak. Esok kena buat special untuk orang rumah. Pasal esok genap 9 tahun dah bersama-sama sebagai suami isteri!!! Wah wah, cepat masa berlalu yek! Apa nak bagi kat wife ni?? Any suggestions??

Okay la..cukup setakat ni update kali ni...so to all muslimin & muslimat, Selamat Menjalankan Ibadah Berpuasa!!! Caio!!!

2 comments:

Coffee Girl said...

Selamat Berpuasa untuk abang dan kakak dan najiha (munnya posa la). :-) Rindu la kat Laksa Penang bini ko lan... sigh

Apai Kenyalang said...

Thnks Din, Najiha not time yet la..abg and kakak pun start at the age of 4 (puasa 1/2 day). Lamak juak sik molah laksa penang coz brg susah juak mok cari sitok...if you jadi ke Limbang kelak sound-sound la...coz I think edna and Ivy dua dua ada barangkali.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...